Untuk pengetahuan anda, lukisan yang dihasilkan Paul Gauguin pada
abad ke-19 berjaya memecahkan rekod karya seni paling mahal apabila
dijual pada harga mencecah £197 juta (RM1.06 bilion) pada satu lelongan
di sini baru-baru ini.
Lukisan yang diberi nama Nafea Faa Ipoipo, itu memaparkan dua wanita
Tahiti selepas Paul menghabiskan masa di pulau tropika itu pada
penghujung abad ke-19. Bekas pemiliknya, Rudolf Staechelin yang
merupakan seorang pengumpul hasil seni dan berasal dari sini mengesahkan
penjualan tersebut. Dia menyatakan, lukisan itu dijual berikutan harga
yang ditawarkan cukup lumayan.
Rudolf bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut, namun ada dakwaan yang mengatakan lukisan itu dibeli oleh kerajaan Qatar. Jika laporan mengenai jualan tersebut disahkan, ia sekali gus akan memadam rekod sebelum ini yang dipegang artis seni Paul Cezanne selepas lukisannyayang bertajuk The Card Players dilelong pada harga £170 juta (RM918 juta).
Kosmo
0 ulasan:
Catat Ulasan