Sabtu, 7 Februari 2015

SERIUS SEDAP! MARI BELAJAR RESEPI MAKARONI COCKTAIL

IMG_0301

Makaroni bukan sahaja sesuai sebagai makanan menu utama seperti macaroni bakar, macaroni goreng atau sebagainya. Malahan macaroni juga amat sesuai dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut atau hidangan minum petang apatah lagi dengan cuaca sekarang yang panas setelah musim hujan melabuhkan tirainya.

Bahan-bahan:
  • 500 g macaroni (jenama San Remo lebih pejal dan lembut)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 botol besar mayonis ( guna Lady’s Choice sebab rasanya lebih sedap dari jenama yang lain – jangan guna jenama yang lain)
  • Buah-buahan dalam tin (fruit cocktail)-kuantiti ikut suka hati tapi lagi banyak lagi sedap.
Cara membuat:
Rebus makaroni hingga lembut dan toskan. Kemudian gaulkan makaroni tersebut bersama mayonis dan buah-buahan dalam tin (tidak perlu ambil airnya). Akhir sekali masukkan susu pekat dan gaul rata. Setelah selesai, masukkan ke dalam peti sejuk. Boleh juga dimakan terus, tapi kalau sejuk lagi sedap. Jika anda inginkan tambahkan bahan lain juga tidak menjadi masalah seperti kismis, buah sagu dan sebagainya. Rasanya amat sedap sekali…Selamat Mencuba!!

0 ulasan: