Sabtu, 21 Februari 2015

TIP PEMILIHAN INNER NECK YANG SESUAI MENGIKUT BENTUK WAJAH

Sudah menjadi trend buat si pemakai hijab kini untuk menggayakan inner neck di bahagian dalam. Tambahan pula, inner neck boleh digayakan dengan pelbagai jenis shawl. Inner neck ini berfungsi sebagai pelindung leher supaya tidak kelihatan apabila memakai hijab, terutamanya yang jenis nipis dan jarang.
Untuk pengetahuan semua, pemakaian inner neck perlulah bersesuaian dengan bentuk wajah. Tidak semua inner neck yang ada di pasaran adalah bersesuaian dengan setiap bentuk wajah.
Ikuti beberapa tip pemilihan inner neck mengikut kesesuaian bentuk wajah agar anda tampil manis dan cantik berhijab.
Inner Neck Melekap
melekap
Happylifeshoppe
Inner neck jenis ini hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk wajah yang bujur dan berbentuk hati. Bagi anda yang mempunyai bentuk wajah yang bulat, anda dinasihatkan untuk tidak menggayakan inner neck jenis ini, kerana akan membuatkan wajah bertambah bulat.
Inner Awning
awning
Happylifeshoppe
Inner jenis awning mempunyai muncung yang keras dan tidak melekap. Kebanyakkan inner jenis ini sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai bentuk wajah yang bujur. Golongan berusia juga gemar memakai inner jenis ini kerana ia kelihatan lebih kemas. Pilih inner neck yang mempunyai potongan awning yang sedikit panjang kerana ia boleh menyembunyikan pipi yang tembam.
Inner Neck Silang
silang
Edzonlineshopp
Inner neck jenis silang ini sesuai dipakai oleh semua bentuk wajah terutama bagi mereka yang mempunyai bentuk wajah yang bulat. Inner neck silang akan memberikan ilusi silang di bahagian dahi, sekaligus membantu menutupi wajah bulat dan menampakkan wajah anda seakan-akan bujur.
Inner Neck Bertingkat
tingkat
Coolinner
Bagi sesiapa yang ingin tampil lain daripada yang lain, anda sangat sesuai menggayakan inner neck jenis ini. Kelebihannya adalah ia dapat menyembunyikan dahi yang luas, disamping menampakkan bentuk wajah yang sedikit bujur. Jika anda memiliki saiz kepala yang sedikit besar, inner neck jenis adalah tidak sesuai untuk anda.
Inner Neck Berdagu
berdagu
EsKay Shoppe
Inner neck jenis ini juga sesuai dipakai oleh semua bentuk wajah. Jahitan di bahagian dagu boleh menyembunyikan lebihan lemak di bawah dagu.
Tip Pemilihan Inner Neck:
  • Pastikan anda kenali dahulu bentuk wajah anda, supaya anda tahu jenis inner neck yang mana satu bersesuaian dengan anda.
  • Pilih jenis fabrik yang sesuai. Kebiasaannya, inner neck fabrik kapas memberikan keselesaan buat pemakai hijab dan ia sesuai digayakan dengan selendang licin.
  • Pilih saiz yang tepat dengan saiz wajah anda. Jangan pilih yang terlalu ketat sehingga anda berasa seperti tercekik yang bakal menimbulkan ketidakselesaan.
  • Pilih warna yang sesuai dengan hijab anda.
  • Jika selendang anda jarang, pakailah inner neck yang sesuai bagi menutup aurat anda dengan sempurna.
  • Gayakan inner neck polos kerana ia mudah untuk dipadankan dengan mana-mana selendang bercorak.
Sumber: Women Online Magazine

0 ulasan: