Ayam goreng, roti, kek, burger, ais krim, semua ini adalah makanan yang disukai orang ramai. Namun berbeza dengan gadis ini kerana dia ketakutan setiap kali berhadapan dengan makanan. Penyebabnya adalah dia fobia makanan. Jenis makanan yang disukainya hanyalah kentang dan keju.
Bayangkan Jennifer Radigan, 17, hanya makan kentang goreng dan keju sahaja. Sakit fobianya pada makanan lain membuatkan dia sering kali sakit jika mengambil makanan selain kentang dan keju.
Menurut Jennifer, dia merasa jijik dan sesak nafas jika makan daging dan sayur-sayuran. Malah, telah berusaha untuk makan secara normal tetapi selalu gagal. Jennifer akhirnya cuba pelbagai variasi masakan dari kentang dan keju. Sesekali dia makan pasta kentang atau kentang rebus. Bukan itu sahaja, disebabkan fobianya, Jennifer sering pengsan di tempat awam. Berat badan Jennifer sekarang hanya 42 kg.
Fobia makanan ini dikenali dengan istilah selective eating disorder. Fobia ini menyebabkan pesakit menjadi cemas dan mual ketika mereka disajikan dengan makanan baru. Mereka berisiko mengalami penurunan berat badan yang melampau dan malnutrisi.
0 ulasan:
Catat Ulasan