Sephora di Starhill Gallery
telah menjadi ikon seni bina terkemuka di Bukit Bintang. Terkenal dengan
luaran yang unik dan menarik perhatian, Sephora boleh dikatakan menjadi
destinasi pilihan untuk kaum wanita yang ingin memanjakan diri mereka.
Mempunyai pelbagai jenama eksklusif dan terkenal di peringkat
antarabangsa seperti Marc Jacobs, Stila, Tarte, Skin Inc, Percy &
Reed dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, Sephora juga menawarkan pelbagai
pilihan jenama untuk solekan, penjagaan kulit, penjagaan rambut, kuku
dan juga wangian. Segalanya mudah boleh didapati di sana.
Selepas dinaik taraf, Sephora di Starhill Gallery kini lebih besar
dan mempunyai pelbagai jenama kecantikan ditawarkan. Apa yang menarik
pada kali ini ialah pelanggan yang datang boleh mencuci mata dengan
produk kecantikan baru Sephora – Beauty on the Fly. Terletak di hadapan
kaunter bayaran, Beauty on the Fly membolehkan pelanggan menerima sampel
beberapa produk kecantikan.
Kedai utama Sephora di Starhill Gallery terletak di 181, Jalan Bukit
Bintang, 55100, Starhill Gallery Terrace, Kuala Lumpur. Dibuka pada jam
10 pagi sehingga 10.30 malam pada hari Isnin hingga Khamis manakala 10
pagi ke 11 malam untuk hari Jumaat hingga Ahad.
Mari lihat Sephora di Starhill Gallery selepas dinaik taraf.
Ramai keliru bagaimana pemandu boleh rempuh buaya di lebuh raya
-
Gambar seekor buaya yang dirempuh kereta di Jalan Penanjong di Tutong,
Brunei, telah menjadi tular. - Foto tularKUALA LUMPUR: Gambar seekor buaya
besar ya...
Sehari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan