Jika dahulu, langsir atau dekorasi berupa
kain hanya digunakan untuk menghiasi kamar beradu atau singgahsana
pelaminan raja dan ratu sehari sahaja. Tetapi kini, mengikut arus
kemodenan dan gaya hias yang sudah ditukar ganti dan ditambah baik,
penggunaan kain digubah sehingga ke atas bumbung dewan agar ilusi luas
dan alunan itu kelihatan seperti di kayangan.
Dengan dekorasi fabrik langsir yang
kreatif mengikut kesesuaian dewan dan majlis, ilusi dewan yang lebih
luas dan tersergam indah dapat diwujudkan. Ditambah pula dengan satu
hiasan tumpuan seperti lampu chandelier yang besar di tengah-tengah
perkarangan dewan atau juraian lampu hiasan memenuhi ikatan kain itu
sudah cukup indah untuk dilihat dan mampu memukau pandangan para tetamu
yang hadir.
Bercakap mengenai perancangan
perkahwinan, ianya bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Pemilihan
lokasi untuk mengadakan majlis adalah perkara utama yang bakal bermain
di fikiran anda dan si dia. Jika merancang untuk mengadakan majlis di
dewan, kami ingin kongsikan kepada anda beberapa tip mudah dan ringkas
berkenaan dengan bagaimana membuat pemilihan dewan yang bersesuaian
untuk majlis anda nanti.
1. Pilih dewan yang berdekatan dengan
lokasi rumah anda untuk memudahkan perjalanan anda seisi keluarga serta
rombongan daripada pihak bakal isteri atau suami.
2. Pastikan dewan yang dipilih menawarkan harga dan pakej yang berpatutan.
3. Pastikan anda memilih dewan yang
mempunyai kemudahan parking yang banyak bagi memudahkan para jemputan
untuh hadir ke majlis anda.
4. Seeloknya, pastikan anda menempah
dewan 12 bulan sebelum majlis berlangsung kerana bimbang dewan bakal
penuh dan kemungkinan caj yang akan dikenakan juga berlipat kali ganda.
5. Pastikan juga dalam masa yang sama
dewan yang menjadi pilhan anda itu mempunyai kemudahan plug dan sistem
audio yang baik agar majlis berjalan dengan lancar.
6. Tentukan juga samaada dewan itu
mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan apakah ianya menggunakan
kipas ataupun penghawa dingin.
Sumber: Pesona Pengantin Karangkraf
0 ulasan:
Catat Ulasan