BERASAL DARI KELUARGA GRAMINEAE,BARLI ATAU NAMA BOTANINYA,HORDEUM VULGARIE MERUPAKAN BIJIRIN PERTAMA YANG DITANAM DI TIMUR TENGAH.BIJIRIN BARLI MERUPAKAN SUMBER TERBAIK SERAT PROTEIN,KARBOHIDRAT KOMPLEKS,FOSFORUS,ZAT BESI,NIASIN,MAGNESIUM,VITAMIN DAN GALIAN.
KAJIAN KLINIKAL DI AUSTRALIA,KANADA DAN AMERIKA SYARIKAT MENDAPATI SERAT DARIPADA BARLI EFEKTIF DALAM MERENDAHKAN KOLESTEROL DALAM DARAH.
MANAKALA ANTIOKSIDA DI DALAMNYA MEMBANTU MENEUTRALKAN RADIKAL BEBAS DAN BOLEH MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT BARAH DAN JANTUNG.
AIR REBUSAN BARLI BAIK UNTUK MEMULIHKAN TENAGA INDIVIDU YANG BARU SEMBUH DARIPADA PENYAKIT KERANA MAMPU MENYEJUKKAN BADAN,MELEGAKAN
SAKIT KERONGKONG DAN AMAT BERKESAN UNTUK MEREDAKAN MASALAH PERUT MERAGAM.JIKA DIAMALKAN,IA DAPAT MENGURANGKAN RISIKO KENCING MANIS,MENYEJUKKAN BADAN,
MEMELIHARA BUAH PINGGANG,MELAWASKAN KENCING
DAN MEMBANTU UNTUK SISTEM PENGHADAMAN.
BARLI JUGA BOLEH MENAMBAH SELERA MAKAN DAN MEMBANTU PROSES PENGHADAMAN MAKANAN.IA DIGUNAKAN DALAM RAWATAN TRADISIONAL UNTUK MELEGAKAN PENYAKIT BRONKITIS DAN MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA RAMUAN ASAS DALAM PENJAGAAN KULIT MUKA.
0 ulasan:
Catat Ulasan