TOMATO KAYA DENGAN ZAT BESI,SERAT SERTA VITAMIN A DAN C YANG PENTING UNTUK MENGEKALKAN KECERGASAN TUBUH BADAN.BERASAL DARI KELUARGA SOLANACEAE,TOMATO MENGANDUNGI FRUKTOSA,GLUKOSA,ASID FOLIK,
POTASSIUM,KALSIUM DAN MINERAL GARAM.
BUAT BAKAL PENGANTIN,TOMATO MEMBANTU MENCANTIKKAN KULIT.SELAIN AMPUH MELICINKAN KULIT,TOMATO BERKESAN MENGECILKAN LIANG ROMA,MENGURANGKAN JERAWAT DAN MERAWAT PENYAKIT KULIT.ELEMEN PENYEJUK YANG TERDAPAT DI DALAMNYA MAMPU MENYEJUKKAN KULIT KASAR MANAKALA ASTRINGEN MEMBANTU MENGHAPUSKAN MINYAK BERLEBIHAN.
KAJIAN TERBARU DI AMERIKA SYARIKAT PULA MENDAPATI PIGMEN MERAH PADA KULIT TOMATO MENGANDUNGI LIKOPEN YANG BERMANFAAT UNTUK ORGAN SEKS
LELAKI.AMALAN MEMAKAN 10 BIJI TOMATO SEMINGGU MENGURANGKAN RISIKO KANSER PROSTAT DI KALANGAN KAUM LELAKI SEHINGGA 45 PERATUS.
MANAKALA KAJIAN ALL INDIA INSTITUTE OF MEDICAL SCIENCESS,NEW DELHI,INDIA MEMBUKTIKAN TOMATO MAMPU MENGHASILKAN SPERMA SERTA MENINGKATKAN KUALITI SPERMA.
0 ulasan:
Catat Ulasan