Rabu, 31 Ogos 2011

EMOSI,HATI DAN PERASAAN BAGAIKAN LAUT,OMBAK DAN PANTAI

ASSALAMUALAIKUM...



PEPATAH ADA MENGATAKAN,JIKA TAKUT DILAMBUNG OMBAK,JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI.SEKALI FIKIR ADA JUGA KEBENARANNYA.

TIDAK SEMUA ORANG BERANI MEMBINA RUMAH DI TEPI PANTAI WALAUPUN IA AGAK EKSLUSIF DAN DIANGGAP MEWAH.

SALAH SATU SEBABNYA,BAHAYA YANG DATANG TIDAK SIAPA MENDUGA,RIBUT TAUFAN,OMBAK MENGGANAS BILA-BILA MASA BOLEH BERLAKU.

JIKA DIRENUNGKAN KEMBALI,ALANGKAH SERONOK JIKA DAPAT TINGGAL DI DALAM SEBUAH RUMAH YANG SERBA LENGKAP DI TEPI PANTAI,TENANG DAN NYAMAN.

TAPI ADAKAH SEMUA ORANG MEMILIKI APA YANG MEREKA HAJATI? TENTUNYA TIDAK KERANA LAUT,OMBAK DAN PANTAI DIIBARATKAN SEPERTI SEBUAH KEHIDUPAN.

IA MEMBANTU MEMOTIVASI DIRI KITA UNTUK MEMBINA KEKUATAN DAN KESEDARAN UNTUK TERUS HIDUP.

TENTU ANDA TERTANYA-TANYA KENAPA QUEENPINK MENYENTUH TENTANG LAUT,OMBAK,RIBUT DAN PANTAI.

SEBABNYA,BAGI QUEENPINK,LAUT,OMBAK DAN PANTAI ADALAH CONTOH TERBAIK UNTUK DIKAITKAN DENGAN KEHIDUPAN MANUSIA YANG ADA KALA SUSAH,ADA WAKTUNYA SENANG,JUGA SESEKALI SUKA DAN DUKA.

ANGGAPLAH CABARAN YANG DIBAWA OLEH OMBAK,LAUT DAN PANTAI ITU SEBAGAI  UJIAN YANG PERLU DITERIMA DENGAN TABAH DAN REDHA.SESUNGGUHNYA SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA.

SEPERTI LAUT,OMBAK DAN PANTAI YANG SELALU SEIRING,BEGITU JUGA EMOSI,PERASAAN  DAN HATI WANITA,SERING BERLAWAN DALAM MENCARI KEPASTIAN KEPADA SEBUAH PENGHARAPAN YANG TIDAK ADA NOKTAH.

HAKIKATNYA EMOSI,PERASAAN DAN HATI ITU JUGA BOLEH BERSATU MENEMPUH OMBAK,LAUT DAN PANTAI DALAM MENCARI SEBUAH KEBAHAGIAAN ABADI.


0 ulasan: