KOTA TERBERSIH DI DUNIA
- WELLINGTON,NEW ZEALAND
WAH! BAYANGKAN BAGAIMANA WELLINGTON YANG MERUPAKAN IBU KOTA DAN KAWASAN BANDAR KETIGA YANG PALING PADAT PENDUDUKNYA DI NEW ZEALAND BOLEH MENGEKALKAN KEBERSIHAN? LIHATLAH BETAPA INDAHNYA PEMANDANGAN WELLINGTON YANG SUNGGUH BERSIH DAN MEMUKAU PANDANGAN!
- MINNEAPOLIS,AMERIKA SYARIKAT
MINNEAPOLIS DIGELAR ‘BANDAR TASIK’ DAN ‘BANDAR KINCIR AIR’.IA ADALAH BANDAR TERBESAR DI NEGERI MINNESOTA YANG TERKENAL DENGAN SUNGAI MISSISSIPPI.BANDAR PERAIRAN INI MEMILIKI DUA PULUH BUAH TASIK,PAYA,SUNGAI DAN ANAK SUNGAI SERTA AIR TERJUN.SEMEMANGNYA KEBERSIHAN KOTA DAN PERAIRANNYA DIKEKALKAN DEMI KEPENTINGAN PENDUDUK.
- OSLO,NORWAY
OSLO DIKENALI SEBAGAI SALAH SEBUAH KOTA YANG TERMAHAL DAN TERBERSIH DI DUNIA! IA ADALAH IBU KOTA DAN BANDAR TERBESAR DI NORWAY.KEBERSIHAN BANDAR OSLO PENTING KERANA IA MERUPAKAN PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN,BUDAYA,PENDIDIKAN,EKONOMI,PERBANKAN,INDUSTRI,PERDAGANGAN DAN MARITIM BUKAN SAHAJA DI NORWAY TAPI JUGA DI EROPAH.
- HONOLULU,HAWAII
PULAU HONOLULU DI HAWAII,AMERIKA SYARIKAT BERIKLIM TROPIKA DAN BERPENDUDUK PADAT.PUSAT PERLANCONGAN YANG SANGAT TERKENAL INI DIJAGA KEBERSIHANNYA DAN PEMBEBASAN PENCEMARAN DIKAWAL KE TAHAP MINIMA.
- KOBE,JEPUN
KOBE,BANDAR JEPUN KEENAM TERBESAR,MERUPAKAN DESTINASI PERCUTIAN YANG HEBAT! MUSIM BUNGA DI ARIMA ONSEN,IKUTA SHRINE DAN KOBE PORT TOWER MEMAPARKAN PEMANDANGAN WAKTU MALAM YANG MENAKJUBKAN.KOBE JUGA SEBUAH BANDAR PELABUHAN TERKEMUKA.OLEH ITU,KEBERSIHAN AMATLAH DITITIKBERATKAN.
- OTTAWA,KANADA
OTTAWA,KANADA MEMILIKI SALAH SATU PROGRAM SUKARELAWAN TERBAIK UNTUK MENJAGA KEHIJAUAN DAN KEBERSIHAN KOTA.MUSIM KEBERSIHAN SERING DIADAKAN ANTARA 15 APRIL HINGGA 15 MEI SETIAP TAHUN.SERAMAI 60,000 SUKARELAWAN AKAN HADIR UNTUK MEMBERSIHKAN TAMAN DAN JALAN RAYA SERTA LAIN-LAIN KAWASAN.PENDUDUK OTTAWA MENGGUNAKAN SISTEM PENGANGKUTAN RINGAN BAGI MENGURANGKAN PENCEMARAN ASAP.
- COPENHAGEN,DENMARK
COPENHAGEN,IBU KOTA DENMARK TERLETAK DI PULAU ZEALAND DAN AMAGER.IA TELAH DIIKTIRAF SEBAGAI SALAH SEBUAH KOTA DENGAN KUALITI HIDUP TERBAIK SEBANYAK BEBERAPA KALI SERTA DIKENALI SEBAGAI KOTA YANG MESRA ALAM.BAGAIMANA MEREKA MEMELIHARA KEBERSIHAN BANDARNYA? KIRA-KIRA 36% PENDUDUKNYA BERBASIKAL KE TEMPAT KERJA.
- ADELAIDE,AUSTRALIA
ADELAIDE ADALAH IBU KOTA SERTA KOTA TERPADAT DI BAHAGIAN AUSTRALIA SELATAN.IA MERUPAKAN BANDAR KELIMA TERBESAR DI AUSTRALIA DENGAN POPULASI PENDUDUK LEBIH 1.28 JUTA ORANG.AMATILAH KEBERSIHAN BANDAR ADELAIDE YANG CUKUP MENGAGUMKAN!
0 ulasan:
Catat Ulasan